Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Mira, Singapore
126790085
342566618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Bismillah ❣️ aku sedekah subuh kerana allah ta'ala

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkan dosa kami, serta seluruh muslimin muslimat, masuk kan kami dalam syurga Mu, mudahkan urusan kami...

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

OTHMAN KARIM DAN BDERIAH WAHAB

3 tahun yang lepas

Doakan abah saya cepat sembuh daripada penyakit stroknya dan dapat berjalan seperti biasa dapat bercakap seperti biasa. Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Doakan semoga kami sekeluarga berjaya dunia dan akhirat. Di permudahkan urusan umat islam di Malaysia dan dipelihara oleh Allah SWT.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya allah..ampunilah segala dosa2 umat islam..permudahkan lah segala urusan seharian kami di dunia dan di akhirat..luaskan lah rezki kami..jauhkan lah kami dari azab api nerakamu..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya allah..ampunilah segala dosa2 seluruh umat islam..luaskan lah segala rezki2 kami.permudahkan lah segala urusan seharian kami di dunia dan di akhirat..jauhkan lah kami dari azab api nerakamu..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: