Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Mira, Singapore
126790085
342566618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga dengan keberkatan sedekah ini, semoga Allah SWT mengapunkan dosa2 saya dan keluarga. Semoga Allah SWT melapangkan segala urusan kami dan melimpah luas kan lagi rezeki kami.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Dengan keberkatan sedekah ini, semoga Allah melapangkan segala urusan saya dan keluarga. Semoga Allah mengapunkan dosa2 kami.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Arwah ayah mohd jan bin jusoh dan arwah mak rohaya md dan juga untuk saya sekeluarga nor azlina mohd jan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Saya niatkan sedekah ini untuk ibu saya, semoga dengan sedekah ini dapat menyembuhkan penyakitnya, serta sedekah ini juga atas nama arwah nenek saya yang baru sahaja pulang ke Illahi dua hari lepas

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

3 tahun yang lepas

Ya Allah, Ini Infak dr Arwah Ibubapa&Ahli KeluargaKU, Murahkan Rezeki&Permudahkan Urusan Kami, Kurniakan Kesihatan yg Baik&Sembuhkan Kami dr segala Penyakit, Hindarkan Kami dr segala Musibah..Amin 33x

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkanlah dosa2ku dan murahkan rezekiku agar aku dapat membantu mereka yg memerlukan…Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: