Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Ya Allah, kurniakan kesihatan, kesabaran, kekuatan, perlindungan dan kemenangan kepada saudara islam di palestin...

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

semoga Allah jaga anak anak dibumi palestine aminnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Niat infaq kpd mertua Dan nenek moyang saudara mara serta sahabat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Ya allah pada mlm lailatul qodar ini hamba minta dpt berjaya menjadi jutawan menerusi dagang marawang dan emas, crypto dan bisnes yang berjaya pada bulan 4 tahun 2025 dan seterusnya. masukkan kedua ibu bapaku aku dan seluruh keluargaku ke dlm syurga firdaus. Amin ya rabbal alamin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Semoga dipermudahan dn diberkat segala usaha kebaikan serta diraida oleh nya. Amiin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Ya Allah ya tuhan ku. Hambamu bersedekah keranamu ya Allah. ya Allah Kirim lah pahala sedekah ini kepada allayarhamah rohana binti mustafa. Jika malam ini 27ramadan malam lailatulqadar. Kirimkan lah pahala sedekah lailatulqadar kepada allayarhamah rohana binti mustafa. Lapangkan lah kuburnya ya Allah. Tempatkan rohnya di taman2 syurgamu. Kurniakan syurga firdaus tanpa hisab

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: