Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
Hamba Allah
Ya Rabb..semoga kami yang jauh ini berkongsi pahala syahid yang Engkau anugerahkan kepada rakyat Gaza dan Palestine .Ini sahaja yang termampu ya Rabb.Teguhkanlah iman mereka dan terbitkan kesengsaraan ketakutan yang maha dahsyat dihati musuh2 Islam yang tiada sedikitpun rasa belas kasihan itu.Hancurkan kekuaran musuh2 islam dan munafik..amin.
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Doakan saya dan keluarga saya.dipermudahkan urusan dalam menjaga ibubapaa Dan ahli keluarga kami dengan penuh kaaih Dan sayang serta.tangungjawab sepertiimana yg diperintahkan ALLAH SWT...dlapangkan rezeki dan ditingkat Iman Dan amal ibadah kami...aamin..
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini