Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Mira, Singapore
126790085
342566618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ampunkan dosa saya,ibu bapa, isteri, anak2 dan keluarga saya.. berkatilah umur kami, berikan rezeki yang halal, permudahkan urusan di dunia dan akhirat, masukan kami dalam jannah mu ya Allah. Aamiiin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Doakan agar dengan sumbangan yang tidak seberapa menjadi asbab untuk saya terus gandakan jumlahnya dan konsisten bersedekah, infaq dan berzakat dengan banyak satu hari nanti. InshaAllah

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Doakan saya lulus temuduga one off guru tahun ini.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga semua urusan dipermudahkan. Dan diperluaskan rezeki.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

semoga keluarga saya dimurahan rezeki, diberi kesihatan tubuh badan yang baik , diberi rezeki yang berkat dan dijauhi dari penyakit berjangkit berbahaya.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ROSLINA ABDULLAH

3 tahun yang lepas

semoga hari jumaat yg barakah ini Allah permudahkan urusan hambanya ini..semoga aku dpt melunaskan hutang dan beramal jariah utk bekalan akhirat sblm tiba ari kematiaanku ..aminn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: