Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
MUSA BIN ABU SARI
Qunut Nazilah khusus buat Palestin d baca penuh. & Nabi SAW bersabda; Ya Allah, siapa saja yg mengurusi urusan dari umatku, lalu dia membuat susah umatku, maka susahkanlah dia. Dan siapa saja yg mengurusi urusan dari umatku, lalu ia sayang pada umatku, maka sayangilah ia. HR Muslim, no. 1828.
0 orang mengaminkan doa ini
JOHARE HARUN
Ya Allah, Engkau selamatkan mereka yang lemah dari kalangan orang yang beriman di Palestin. Ya Allah!, Engkau bantulah saudara kami di Palestin yang menentang musuh. Ya Allah!, Engkau kenangan balasan ke atas Yahudi penceroboh dan sesiapa sahaja yang membantu mereka, dan selawat serta salam keatas Nabi Muhammad saw, ahli keluarganya dan para sahabatnya.
0 orang mengaminkan doa ini