Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



Papar lebih

70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 bulan yang lepas

Semoga Allah swt merahmati rakyat dan kta semua.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

DANISH IRFAN DURRANI

4 bulan yang lepas

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa umat Islam sekalian, bebaskanlah & berilah kemenangan kepada warga Palestine daripada jajahan musuh-musuh kami, engkau angkatlah darjat kami & masukkan kami semua ke salam syurga Firdaus-Mu di akhirat nanti...amiiin ya Allah....

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Semoga Allah selamatkan bumi Palestine dikurniakan kesihatan yang baik dan permudahkan segala urusan kita semua..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Hasbunallahu wanikmalwakil.. moga sentiasa dilindungi Allah swt

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

YA ALLAH SELAMATKANLAN SAUDARA KAMI DI PALESTIN. Lindungilah mereka kerana Engkaulah sebaik baik PELINDUNG.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Semoga dpermudah segala urusan utk membayar segala hutang

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin