Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
MUHAMMAD KHAALIQ BIN BAHARULDIN
Ya Allah. Ampunkan dosa aku dan isteriku. Ampunkan dosa ibu bapa kami dan seluruh ahli keluarga kami. Murahkan dan bukakan pintu rezeki kami seluas-luasnya. Kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah. Berikan kami tubuh badan yang sihat dan dijauhkan dari penyakit. Berkatilah perniagaan aku dan isteriku supaya menjadi sebuah syarikat yang membantu agamaku dan saudara seagamaku. Amin
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga dengan sdkit sumbangan dpt membantu meringankan beban mereka d Palestine.. dn sya memohon utk mendoakan sya dn kluarga saya.. agar masalah yang kami hadapi akn selesai dgn scepatnya.. dn dpermudahkn smua urusan² kmi.. Aamiin ya Rabbal Alamin
0 orang mengaminkan doa ini