Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah lindungilah saudara kami di pelestin, berilah kemenangan buat saudara kami ya Allah, hancurkan yahudi ya Allah.. dengan berkat hari jumaat yg penuh barokah ini kau kuat kan lah iman kami kau ampunkanlah dosa ii kami,, sesungguh nya kau maha pengampun lagi maha penyayang..amiinnn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

“Ya Allah, peliharalah saudara-saudara kami di Palestin dari segala bentuk kezaliman. Kurniakanlah mereka kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Lindungilah mereka dengan rahmat-Mu yang melimpah-ruah.”

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga kemenangan milik islam... Allahumma aameen

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AIMI

1 tahun yang lepas

Semoga saya dan anak2 menjadi insan solehah,cemerlang dunia akhirat.Dikurniakan kesihatan yg baik,diangkat segala penyakit dan mndpt kematian husnul khatimah.Semoga Almy Allyssa Zulkarnein mndpt 9A+ dlm SPM dan Almy Aireen Zulkarnein A+ dlm semua kertas ujian dan peperiksaan. Semoga saya dimurahkan rezeki berlipat ganda tanpa putus utk beri keselesaan ibu ayah anak2 kaum keluarga n dpt bantu org.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AIMI

1 tahun yang lepas

Semoga saya dan anak2 menjadi insan solehah,cemerlang dunia akhirat.Dikurniakan kesihatan yg baik,diangkat segala penyakit dan mndpt kematian husnul khatimah.Semoga Almy Allyssa Zulkarnein mndpt 9A+ dlm SPM dan Almy Aireen Zulkarnein A+ dlm semua kertas ujian dan peperiksaan. Semoga saya dimurahkan rezeki berlipat ganda tanpa putus utk beri keselesaan ibu ayah anak2 kaum keluarga n dpt bantu org.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga perperangan di palastine segera berakhir, semoga kemenangan milik palastine. Allah.. tolong bantu palastine..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: