Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, Rahmati dan lindungi bumi Palestine dari zionis Israel dan lindungi Palestine dengan rahmatmu. Berikan kekuatan kepada mereka yang berjihad di bumi Palestine. Selamatkan saudara dan keluarga islam dibumi Palestine. Allahuakbar !!

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, kuatkanlah saudara Muslim ku di Palestin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Tuhan kami! Selamatkanlah saudara-saudara kami kaum muslimin yang ditindas di bumi Palestin dan di mana sahaja mereka berada. Ya Allah!sayangi dan kasihilah mereka, keluarkanlah mereka dari penindasan serta kesempitan yang mereka alami selama ini.Ya Allah! Dengan kuasa-Mu Ya Allah, jadikanlah sebab perjuangan dan doa kami semua, beriah kemenangan kepada saudara kami di bumi Palestine.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NUR SYAMIRAH

1 tahun yang lepas

doakan sy smga cpt sembuh dari gangguan . di murahkan rezeki seperti air yg mengalir smga pnjng umur , bertemu jodoh yg baik n blh membimbing .

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

INSAN PENDOSA

1 tahun yang lepas

Semoga sumbangan kecil ini dpt mmbantu palestin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah permudahkan urusan dipalestin..amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: