Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

🇵🇸❤️🫡HAMAS

1 tahun yang lepas

Ya allah campak kan lah sedikit ke berani an kepada peminpin kami untuk membuat sesuatu membantu saudara kami kau hilang kan lah sıfat dayus kepada peminpin kami agar beri tekanan kepada yang menyekat bantuan kepada saudara kami😭

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Di permudahkan segala urusan, di rahmati di murahkan rezeki & barokah di dunia & di akhirat untuk semua ahli keluarga saya, Doa kan juga anak saya yg Autism menjadi anak normal seperti anak² lain, semoga Allah memberkati kita semua di dunia & akhirat semoga kita dapat berkumpul di syurga firdaus kelak Amin Ya Robbal A'lamin.. semoga Allah menerima jual beli kita

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

harap dengan bantuan yang kecil ni dapat meringankan beban bagi saudara kita di Palestin dan Mujahidin dalam perjuangan menentang musuh Islam

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

YA Allah melindungilah saudara saudari ku disana..bantu lah mereka Ya Allah...

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah. ampunkan dosa kami kerana tak mampu membantu memperjuangkan agamamu dipalestin, ya Allah mudahkan urusan mereka, peliharalah mereka, selamatkanlah mereka dari tentera zionis israel, murahkanlah rezeki kami supaya kami dapat membantu memperjuangkan agamamu di mata dunia.. semoga dgn sekecil kecil bantuan kami menjadi asbab kami terlepas daripada penghakimanmu di yaumil kiamah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI MUSLIHA BINTI MOHD

1 tahun yang lepas

Ya Allah. Terima lah perbuatan ku ini. Sebagai bantuan untuk Muslim di palestin. Sebagai asbab untuk jawapan ku di akhirat Nanti. Bahawa aku tidak simpan kebenaran. Aku tidak takut mati kerana jalan Mu ya Allah. Masuk kan kami semua Muslim ke dalam syurga mu ya Rab.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: