Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



Papar lebih

70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah kami memohon pertolongan Mu utk saudara2 kami di Palestine, lindungi dan peliharalah mereka drpd terus dizalimi. Aaminn3 Ya rabbal’alamin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

SARAH

1 tahun yang lepas

Semoga ibu dan bapak mentua saya, Hjh Indo Ako dan Hj Ambo Ala serta ibu saya Pn Rohhana sihat selalu n sentiasa dlm lindungan dan peliharaan Allah dunia akhirat, aaminn ya Mujib

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Aku sebagai seorang muslim juga merasa simpati terhadap Negara Palestin. Aku juga hendak berjihad bersama disana tapi apakan daya aku xmampu dari pelbagai sudut. Aku doakan Palestin berada di dalam lindungan ALLAH SWT. Janji ALLAH itu pasti!!

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Selamatkanlah palestine daripada kekejaman Israel Amin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, lindungi umat Islam di Palestine dan seluruh dunia. 🤲🤲🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga diberikan kemenangan pada palestin dan semoga zionis israel dihancurkan serta dilenyapkan dari muka bumi ini

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin