Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
Hamba Allah
Ya Allah ampunilah dosa-dosa kedua ibubapaku dan masukkanlah mereka ke dalam syurgaMu. Kasihanilah mereka sepertimana mereka kasih kepadaku semasa aku kecil dahulu. Ya Allah berilah kesejahteraan kesihatan, rezeki dan ketenangan kepadaku dan keluargaku. Ampunilah dosa-dosa kami, bimbinglah kami kejalan yang benar dan masukkanlah kami ke SyurgaMu tanpa hisab. Aamiin.
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah ... Kau hancurkanlah pakatan musuh yg mengila d bumi Palestine,lindungilah saudara² kami serta kejutkanlah pejuang² panji hitam demi maruah agama,bangsa dan bumi yg dipijak oleh saudara² ku di Palestine...Aamiin Ya Rabb...
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini