Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
Hamba Allah
Ya Allah, kau permudahkanlah urusan2 kami didunia ini.. berikan lah kami kekuatan utk menempuh ujian2 yg diturunkan oleh mu.. buka kan lah pintu rezeki kami.. berikan lah kami berjaya didunia dan diakhirat.. matikan kami dlm husnul khotimah dan syahid.. jadikan lah kubur2 kami sbgai taman2 syurga mu dan tmpatkan kami disyurga mu yg tertinggi iaitu syurga firdaus tanpa hisab dan perhitungan..Amin..
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah, semoga Muhammad syareeq zayyan bin saiful zahari serta seluruh ahli keluarga,keturunan, sahabat-sahabatnya, dan seluruh muslimin muslimat yang lain dijauhkan dari fitnah dajjal,dimatikan dalam keadaan beriman. Amin ya rabb
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Moga dgn duit sumbangan yg sedikit ini dapat lah menjadi asbab menambah dan menampung pembiayaan keperluan2 para pejuang2 mujahid Mujahidah d AL Aqsa 🫶 juga asbab diri ini menjadi sebahagian utk berjihad bersama mereka d sana💚 ya Allah ‼️ selamatkan & menangkan lah PALESTIN ‼️
Anda mengaminkan doa ini