Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
YONI RIDARYANTO
Ya Allah... tolonglah kurniakan pertolongan yg sebesar-besarnya buat saudara saudari kami yg sekarang sedang dizalimi oleh zionis yahudi Israel & sekutu²nya. Hancurkan lah gerombolan tentera zionis yahudi sebagaimana dahulu Engkau pernah menghancurkan gerombolan tentera Abrahah
0 orang mengaminkan doa ini
YONI RIDARYANTO
Ya Allah kurniakanlah pertolongan yg sebesar-besarnya buat semua saudara & saudari kami di Gaza & seluruh Palestin yg saat ini sedang dizalimi oleh zionis yahudi & kuncu²nya. Lindungi lah saudara saudari kami.Dan hancurkanlah gerombolan tentera zionis yahudi
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga saudara kita di bumi Palestine ketemu kejayaan.. Maafkan kami kerana tak dpt membantu dari segi fizikal di sana.. Harap dengan bantuan ini dapat meringankan beban saudara2 Islam kita di sana.. Allahu Akbarr.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar..
Anda mengaminkan doa ini