Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga saudara kita di palestin sentiasa dlm lindungan Allah swt dn syahid buat yg tlh trkorban.semoga mereka sentiasa kuat.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya rabb...ampunkan kami kerana tidak mampu membantu saudara kami di sana. Lindungilah mereka, berikan kekuatan mental dan fizikal, kesabaran dan selamatkan mereka dari kekejaman Zionis. Turunkanlah bala ke atas Israel dan sekutunya.. hapuskan mereka dari muka bumi ini sebagaimana kaum2 yg kau laknati sebelum ini..aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, lindungi lah saudara saudari ku yang ada di atas muka bumi ini, terutama nya di palestin. Permudahkan lah urusan mereka yang sedang berjihad di jalan Allah. Ampunkan lah dosa² kami ya Allah, kerana tak mampu membantu mereka disana. Kami hanya mampu memberi sumbangan yang tak seberapa ini dan hanya mampu berdoa sahaja untuk mereka. Amin..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NURSYAFAWATI OSMAN

1 tahun yang lepas

Semoga Allah melindungi rakyat Palestine dari kekejaman Zionist & doa kan saya mendapat kerja dan dimurahkan rezeki.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

RADZIAH ESMON

1 tahun yang lepas

Semoga Allah permudah segala urusan, dan melindungi serta memelihara misi ini.. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah selamatkanlah saudara islam kami rakyat' Palestine.. hapuskan musuh kami Israel laknatullah.. berikanlah kemenangan kepada rakyat Palestin..aminnnn ya Rabbal Alamin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: