Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
Hamba Allah
Semoga allah memelihafa saudara2 kami di palestin dari segala kezaliman. Kurniakan mereka kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Lindungi mereka dengan rahmat-Mu ya Allah. Semoga allah mengampunkan semua dosa umat islam dan memelihara nikmat iman kita semua. Amin yra..
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah ampun kan lah hamba mu yg hina ini ya Allah Aku Dan keluarga ku hanya mampu berdoa untuk saudara saudara ku di palestin. Ya Allah di hari jumaat yg mulia ini engkau berikan kebebasan kepada saudara saudara ku di palestin. Aamiin ya rabbal alamin
Anda mengaminkan doa ini