Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Doa ku moga Allah ampunakan semua dosa-dosa hamba yg hina ini, dosa-dosa ahli keluarga dan seluruh umat nabi muhammad yang masih hidup. Doa ku juga moga Allah segerakan hamba yg hina ini bernikah dengan hamba nya bernama Abang azam Serta dipanjangkan umur dengan berkahNya& kesihatan yang baik-baik kepada hamba yg hina ini & ahli keluarga ku serta seluruh umat nabi muhammad yang masih hidup.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ZUREEN

1 tahun yang lepas

semoga segala usaha diberkati Allah dan dipermudahkan segala urusan,.Aaminn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FIZIE RAHMAN

1 tahun yang lepas

Ya Allah, peliharalah saudara-saudara kami di Palestin dari segala bentuk kezaliman. Kurniakanlah mereka kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Lindungilah mereka dengan rahmat-Mu yang melimpah-ruah. Aamiin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FAUZIAH BT YAAKOB

1 tahun yang lepas

Sumbangan utk saudaraku di Palestin kerana Allah taala

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MD HAIRI BIN AHTHADARI

1 tahun yang lepas

Ya Allah bantulah para pejuang dan penduduk Palestin untuk mencapai kemenangan. Lemahkan musuh2 islam . Berilah bantuan yg diperlukan kepada pejuang2 islam.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah. Ampuni kami dan satukan la kami.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: