Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, selamatkan lah bumi Palestin dan permudahkan segala urusan saudara2 kami di sana Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah..Hapuskan Zionis isreal dan bebaskan lah rakyat Palastine..Amin YRA

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

In sha allah, moga saya dikurniakan rezeki kesihatan yang baik dan diberikan jodoh yang baik. Panjangkan umur mama dan ayah saya . terima kasih

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

"Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redhaMu. sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan segala dosa-dosaku yang membuka segala rezeki yang tidak pernah ku duga." Dan semoga dapat membantu mangsa mangsa palestin… Aminnn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Moga Allah terima amal ibadat kami sekeluarga. Dipermudahkan semuanya. Dilancarkan pembayaran dari syarikat berkenaan dlm masa terdekat. In Shaa Allah. Aaaamiinnnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ISMAIL BIN REJAB

1 tahun yang lepas

Semoga dimurahkan rezeki,Diberi kesihatan Yang baik Dan dipermudahkan segala urusan.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: