Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
HAMBA ALLAH
Ya Allah Ya Mumit, kau matikanlah pemimpin Israel yang jahat itu dan tentera-tentera rejim Zionis yang jahat itu. Ya Allah, berilah keamanan hidup kepada rakyat-rakyat dan saudara islamku di Palestin, Ya Allah makbulkan doaku ini, aamiin ya Rabbala'lamiin
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
YaAllah berikanalah ganjaran Yang terbaik buat mereka Yang ditimpa musibah peperangan Yang dianiyai Dan sangat kejam , ampuni dosa Kami semua... Selamatkanlah kami semua ,bumi Islam Dan negara kami .. dan berikanlah kesihatan keselamatan dan ganjaran Yang terbaik buat ppim kerana banyak membantu kami Dalam menegakkan Dan membela Islam... aamin3..
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini
ROSNA HUSSIN SERTA SHBT² AL QURAN
Ya Allah.. terimalah sedekah dari kami dan beri apa saja kebaikan dari sedekah ini untuk kami.. ayah bunda kami.. ahli keluarga kami.. org² yg kami sayang serta ampun segala dosa² kami dan murahkan rezeki kami supaya kami dapat berinfaq lgi..Aamiin² YRA
Anda mengaminkan doa ini