Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
Hamba Allah
Ya allah ya rob ku engkau turunkn lah para malaikat2 mu untk mmerangi yahudi perosak muka bumi mu ini dn engkau kerdekakn lah bumi palastien,,ya allah ya rob ku engkau prmudahknlah urusan rakyat palastien&keluarga ku,,amin ya robbalalamin,,
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah Yang Maha Kuasa, Bebaskan Palestine, hilangkan derita kesakitan yang ditanggung, hancurkan Israel musuh Islam yang berniat jahat. Kami mohon Ya Allah. Kami tak sanggup lagi melihat saudara kami gugur, anak2 dan wanita turut jadi mangsa. Kasihanilah mereka. Turunkan bala pada Israel agar diberi peringatan atas kekejaman dan ketamakan mereka. Kami mohon Ya Allah. PadaMu kami serah.
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga Allah mengurniakan perlindungan kepada seluruh hamba2 nya terutama yg berada di Palestine. Kasihanilah mereka dan kurniakan la kekuatan dan kejayaan bagi mereka. Kasihanilah mereka. Semoga kami hamba2 terlindung dari niat tidak baik musuh2 islam. Dan sekiranya kami mati, mati kan la kami dalam khusnul khatimah. Amin.
Anda mengaminkan doa ini