Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah limpahkan rezeki melimpah ruah, beri kesihatan & kebahgian utk semua hambaNya.. aamiin2 🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dgn sumbangan yg tk seberape ni dpt meringankan beban rakyat palestin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOOR MJ

1 tahun yang lepas

Aku hanya mampu kirimkan doa dari jauh...xmampu untuk berjihad bersama mu wahai saudaraku... semoga Allah permudahkan segala urusan mu saudara ku sekalian 🤲🤲😭😭

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALLAHYARHAM ABDUL AZIZ BIN YAHAYA

1 tahun yang lepas

Semoga bumi palestine terbela dengan bantuan Allah s.w.t. Allahuakbar

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, berilah kekuatan dan pertologan kepada saudaraku muslimin dan muslimat yang teraniaya serta dizalimi di Palestin dan di mana sahaja.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Tuhanku, yang Maha Berkuasa ke atas segalanya, menangkanlah tentera Islam, bebaskanlah bumi anbiya dari keganasan israel. Kuatkanlah akidah kami semua ummat Islam, tetapkanlah hati kami dengan agamaMu ya Allah. Ya Allah yang Maha Gagah Perkasa, bantulah tentera Islam kalahkan zionis Israel. Menangkanlah agama kami Islam, Ya Allah. Amiin Ya Rabbal A’ lamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: