Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga pihak Tuan dipermudahkan untuk menyampaikan sedikit sumbangan kami ini kepada pihak Palestine. Sesungguhnya Allah lah yang maha berkuasa atas segala kehendaknya. Syahid dan syurga buat semua nya. Sama2 juga kita doakan kesejahteraan bagi seluruh umat Islam di dunia. Semoga Allah membalas segala kemungkaran pihak musuh dengan azab yang sangat berat di dunia dam diakhirat. Amin2 ya Rabb.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah permudahkan urusan saudara kita di sana dan lemahkan lah musuh musuh disana... Doakan juga supaya Allah limpahkan rezeki kepasda saya sekelurga dan pernudahkan urusan saya

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah...selamatknlah saudara kami di Palestine & hancurkanlan tentera² zionis Israel.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AIDA BINTI MUSTAPHA

1 tahun yang lepas

Semoga setiap sumbangan saya menjadi infak kepada saya dan arwah ibu bapa saya disana.dan semoga saya dilimpahkan rezeki seperti air mengalir..aamin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM YA ALLAH, TIADA DAYA KU HAMBAMU YANG LEMAH AKU MEMOHON DENGAN KEBESARAN DAN KEKUAASN MU, LINDUNGILAH BUMI PALESTINE ,RAHMATILAH MEREKA YANG BERJUANG KERANA AGAMA MU.. AAMINN3 YA ROBB

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

semoga Allah bg kemenangan untuk umat Islam Dan hancurkan Israel laknatullah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: