Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Mira, Singapore
126790085
342566618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

YaAllah kami berlindung dgnMu dr azab kubur..kami mohon redhaMu rahmatMu dan syurgaMu..aaminn yaAllah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Moga diterima amalan dan diampunkan dosa kami sekeluarga

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah ya tuhan kami,ampunilah kami muslimin dan muslimat dan kurniakanlah kepada kami hidayahMu rahmatMu dan kredhaanMu,sesunggunya Engkaulah yg maha pemurah lagi maha mengasihani

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD MUSTAFFA FAZIL BIN MOHD ABDAN

3 tahun yang lepas

Ya Allah, sahaja aku sedekahkan sejumlah ini demi mencari redhaMu dan mohon keampunan dosa serta dibukakan pintu rezeki yang halal buat ku termasuk dari sumber tidak terduga.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Doakan ayah sy sembuh & dpanjangkan usia

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah Berkatilah kehidupan kami dunia akhirat murahkan rezeki kami hindari diri kami dari segala penyakit dan jadikan ank2 kami ank yg soleh solehah ampuni dosa semua orang islam dalam dunia ini

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: