Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Mira, Singapore
126790085
342566618

Doa-Doa #Penyumbang

ZURAIDAH BINTI ABDUL MUIS

3 tahun yang lepas

Sempena hari ni 17/10/2021 ulangtahun kelahiran saya yang ke 40 thn, saya tak ada Wang yang byk utk sedekah, saya sedekah ikhlas kerana Allah SWT,,, doakan saya Dpt kerja utk boleh bersedekah lagi

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya allah ampuni lah dosa kami

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ABDUL MUIS, MANTASIAH, MD SAJJAD, SABANA KHATOON

3 tahun yang lepas

Doakan arwah mama dan arwah bapa saya ditempatkan bersama org yg dicintai Allah SWT dan doakan kedua mertua saya sihat walafiat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkan dosa Kami dan kedua ibubapa Kami,lindungi kami dari wabak covid dan penyakit merbahaya.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, permudahkan segala urusan, bertambah rezeki yg berkat, dijauhi penyakit yg merbahaya dan dikabulkan segala hajat. Ampunkan segala dosa2 dan diberikan petunjuk dan hidayah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah… kurniakan kami keredhaanMu dan syurga Firdaus tanpa hisab dan azab

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: