Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Ya Allah ampuni aku Dan kedua ibubapaku. Ya Allah,bantulah saudara2 ku di bumi Palestine.Ya Allah lindungi saudara2ku di bumi Palestine Dan Selamat kan bumi Palestine Dan gaza Dari Israel laknatullah.Aamin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Berkat Pagi Jumaat ni semoga Allah mudahkan jalan bg saudaraku diPalestine. Semoga Allah tingkatkan Iman mereka & berikan kekuatan utk hadapi Ujian Allah ini sbg jln mudah ke syurga-Nya

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Berilah kemenangan kpd para pejuang agamaMu.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ABBAS

4 bulan yang lepas

Hanya doa yang mengiringi mu wahai saudara²ku. Aamii

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Ya Allah...jika ini jalan yang Kau pilih utk mereka masuk ke SyurgaMu maka kurniakan lah utk mereka kekuatan dan ketenangan dalam menghadapai ujianMu Ya Allah... Amin amin Ya Rabb Alamain..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

SEMOGA BUMI PALESTINE SENTIASA DALAM JAGAAN DAN LINDUNGAN ALAH, SEMOGA PENDUDUKNYA DIMASUKKAN KE SYURGA TANPA HISAB...AAMIN YA MUJIB

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: