Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
Hamba Allah
Hidup jauh dari maksiat. Mati dalam husnul khatimah. Dilapangkan dan diterangkan kubur. Jauh dari azab kubur. Aman dan jauh dari siksaan di padang masyar. Diberatkan timbangan amal dan menerima buku amal dengan tangan kanan. Dapat minum air telaga kautsar. Pantas meniti titian sirat. Masuk syurga melalui pintu firdaus. Jauh daripada azab dan siksaan api neraka.
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
“Ya Allah, kami mohon dengan penuh harapan dan doa, lindungilah saudara-saudara kami di Palestin. Berikan mereka kekuatan, kesabaran, dan ketabahan dalam menghadapi ujian dan penderitaan. Peliharalah mereka dari kezaliman dan kebiadaban, serta kurniakan kepada mereka kemenangan dan keamanan. Ya Allah, kami serahkan nasib mereka di tangan-Mu, kerana Engkaulah yang Maha Kuasa. Aaminn
Anda mengaminkan doa ini
AHMAD FAZLI BIN RAHIM
Ya Allah permudahkan lah urusan saudara/saudari kami di Palestin berikan keteguhan iman,berikan kemenangan pejuang Islam dan Sahid masukkan dalam syurgamu ya Allah,jangan engkau lupakan kami untuk membantu saudara/saudari Islam kami
Anda mengaminkan doa ini