Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Ya Allah bantulah saudara kami ..kuatkanlan iman mereka..ampuni dosa2 kami..aaminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Ya Allah bantulah umat islam palestine selamatkan mereka selamatkan al-quds aamiin ya rab

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Semoga bermanafaat, menjadi kebajikan Dan diterima Allah Ta'ala. Amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

YaAllah YaTuhanku, yg maha pengasih lagi maha penyayang..selamatkan kami semua umat islam dunia akhirat walau dimana kami berada dari segala kejahatan. Hancurkanlah israel laknatullah. Sembuhkan kami, Sihatkan tubuh badan kami. Limpahkan rezeki kami. Berkatilah kami. Bantulah kami. Lindungi kami YaAllah.. Aamiin YRA..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORHAFIZA

4 bulan yang lepas

DOAKAN SAYA NORHAFIZA AZMI DAPAT POSTING GURU DALAM TAHUN INI.SAYA SURIRUMAH HANYA INI SAHAJA YANG MAMPU.SEMOGA UMAT ISLAM DI PALESTIN MENCAPAI KEMENANGAN DAN ISRAEL DI TIMPA BALA YANG SEBERATNYA OLEH ALLAH.AAMIIN.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan yang dibebaskan daripada azab neraka pada bulan Ramadhan ini. Terimalah doa dan amal kami, dan jadikanlah kami di kalangan hamba-hamba-Mu yang mendapat keberkatan, rahmat, dan keampunan dari-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Amin Ya Rabbal Alamin."

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: