Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
Hamba Allah
Semoga ganjaran pahala dibulan Ramadhan ini buat Arwah ayahanda ku tersayang Abdul Jalil bin Hj Ismail. Diampuni dosa dosanya, dilindungi dari seksaan kubur, diterangi kuburnya dgn Cahaya diluaskan kuburnya seluas Mata memandang ditempatkan dikalangan org beriman..Aamiin yra
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Doakan Saidah Azizah Binti Ahmad bertambah kaya dan dapat terus menyumbang Infaq serta membayar hutang2 dunia dan akhirat dan disembuhkan penyakit darah tinggi. Semoga roh ibu(Hjh Kamisah Binti Hj Khamis) & roh bapa(Hj Ahmad Bin Hj Sirat) di tempatkan di kalangan orang2 beriman. Jadikan kubur mereka seperti Taman2 Syurga. Allah selamatkan penduduk Palestin dan Masjid Al Aqsa.
0 orang mengaminkan doa ini