Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
Hamba Allah
Semoga adik-adik terus kuat ya menjalani hidup yg penuh dugaan ini..Adik-adik adalah insan terpilih yang kerana adik-adik merupakan orang yang paling kuat dalam menjalani kehidupan ini lebih dari orang biasa dekat luar sana..Sya selalu doakan yg terbaik untuk adik2 dan pihak pengurusan juga..semoga terus dipermudhkn urusan dan jaga solat dan sembahyang ya semua!!...AMEN.
0 orang mengaminkan doa ini
MUHAMMAD RUSLI SALLEH
Ya Allah, menangkanlah umat Islam dlm peperangan ini... Sembuhkanlah kesakitan yg umat Islam sdg alami... Sembuhkan juga penyakit kanser yg sedang dialami oleh anakku Mohd Irfan. Permudahkan segala urusan semua umat Islam dan kurniakan keberkatan dlm setiap tindakan mereka.. Amin
Anda mengaminkan doa ini