Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

HASSAN

1 tahun yang lepas

Semoga Allah berikan kekuatan.mental fizikal ke atas umat Islam di Palestin.dn sekutunya.untuk melawan musuh Islam iaitu Israil dan sekutunya.. ya Allah menangkanlah Palestin demi agamamu dan semua Masjidil Al-Aqsa..amin amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga saya dan seisi keluarga diberikan kesihatan yang baik dan dikurniakan kebahagiaan didunia dan akhirat serta dipermudahkan segala urusan.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah berikanlah kesehatan, kekuatan, keselamatan untuk kami dan saudara kami yang ada di Palsatina sana. Berikanlah rahmat dan hidayahmu supaya kami senantiasa melakukan kebaikan, terhindara dari bahaya dan mala petaka, serta mudahkanlah kami untuk melakukan segala hal, aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya allah lindungi, berikan kesehatan, selamatkanlah kami dan saudara kami yang ada di Palestina. Buatlah kami selalu mengingatmu, senantiasa ingin berbuat kebaikan, terhindar dari bahaya dan kesesatan. Berikanlah kami rahmat serta hidayahmu.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah berikan kami kesehatan, selamatkanlah kami dari segala bahaya dan tipu daya, jauhkanlah kami dari kesesatan, berikan kami perlindunganmu, dekatkanlah kami dengan surgamu kelak, selalu buatlah kami mengingat serta senantiasa dekat denganmu dan rasul.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga saudara kita peroleh kemenangan demi Allah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: