Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

HAMBA ALLAH

1 tahun yang lepas

Ya Allah yaa Tuhanku... Lindungilah, selamatkanlah dan bebaskanlah umat Islam Palestin dan umat Islam Ughyur. Kurniakanlah mereka keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Masukkanlah kami semua ke dalam syurgamu tanpa dihisab, tanpa diazab. Ameen ameen yaa Rabbal alameen 🤲🤲🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Yaallah ya tuhan ku berkatkan la hartaku yg engkau berikan pada ku agar dapat lebih banyak aku membantu keluarga2 ku dan saudara2 seislam yg memperjuangkan hak2 mereka demi agamamu, negara dan bangsa.. tak kira dimana mereka berada dengan lancar..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

YA ALLAH, SELAMAT KAN KELUAR ISLAM KAMI DI BUMI PALESTIN DAN GAZA. BERI KEKUATAN KEPADA MEREKA. HANCURKAN MUSUH-MUSUH ISLAM IAITU ZIONIS

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

SEMOGA ALLAH BERIKAN KEKUATAN DAN KECEKALAN KPD PENDUDUK PALESTIN... ALLAHHUAKBAR

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MAK/ABAH

1 tahun yang lepas

Kerana Allah SWT

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Fatin Najiha sembuh dan sihat dari segala penyakit yang ada sekarang. Di permudahkan segala urusannya dan keluarganya.Semoga keluarganya diberkati, dimurahkan rezeki yg berpanjangan dan menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Dijauhkan dari azab kubur dan api neraka diletakkan dlm syurga firdausi.. Aamiin Ya Rabal Alamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: