Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

MUHAMMAD FIRDAUS BIN YUSOF

1 tahun yang lepas

YA ALLAH SELAMATKAN ORANG² PALESTINE YA ALLAH AMPUNKAN DOSA² KAMI YA ALLAH AAMIIN 🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah hancurkan tentera zionis laknatullah dan beri kemenangan kepada tentera yg menegakkan panji islam.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga negara-negara Islam dipimpin oleh pemimpin Islam yang layak dan dapat membantu saudara muslim di Palestin. Semoga kita semua dapat menjadi antara pejuang yang mempertahankan bumi Palestin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya allah hancurkan tentera Zionis laknatullah..berikan kesabaran yang tinggi kpd pnduduk Palestine. Redhailah mereka..ya allah ampunkanla dosa2 saya,permudahakanla urusan rezeki saya..pekerjaan saya.. aaamiiiin2 ya rabb

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

ya Allah... terima lah sumbangan kami yg tak seberapa (berbanding dengan penderitaan rakyat Palastine) sebagai amal yg diterima olehMu.. dan masukkan lah penyumbang2 kedalam syurgaMu ya Allah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga bumi Gaza sentiasa dalam lindungan Allah SWT

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: